Aku melagukan ia, dengan sepenuh kekuatan di hari-hari pertama aku kembali
Lagu benar, yang aku alami benar-benar
. . .
Baginda bak janggal dek memang terasa asing . Orang asing datang dengan seruan yang asing . Datang ke Empayar Ninawa, membawa seruan radikal lagi drastik
Apa yang diiketahui, nun jauh di lubuk hati baginda, akan keikhlasan lagi ketulusan niatnya . Namun, entah macam mana, begitu jelas kegagalan komunikasi dua hala terhadap kaum seruannya
Tanpa perlu bertahan lama, baginda dirundung kecewa dan hanyut dalam konflik peperangan minda . Jiwa bercelaru sehingga dikhuatirkan pelbagai serapah mantera mugkin terhambur
Lalu, dibawakan dirinya mencari Tuhan . Mencari ruang lubuk ketenangan . Melarikan diri mungkin buat masa sebentar cuma . Lemah, membiarkan Tuhan menjalankan bantuan, sementara hati dibaikpulihkan
Cerita syukur tak tergambarkan . Di sana, Allah Maha Bijaksana dan Maha Kasih akan HambaNya
Tidak dibiarkan-Nya baginda dalam kemurungan tak bertepi . Diberikan rahmat-Nya, biar ternampakkan harapan . Agar jalan yang dah dimulai diteruskan penuh wibawa, dan terus berkeyakinan
Perlarian baginda dijemput pulang dengan semacam ragam . Yang dirancangnya, tidak diluluskan Tuhan . Malah, Tuhan ada jawapan-Nya tersendiri untuk segala kekusutan
Di bagan, baginda terus melompat memilih bantera untuk menghilang diri . Biarlah diri dibawa pergi secepat yang boleh . Agar lebih cepat hati dibaiki
Namun, di pertengahan musafir . Ketika bersama nakhoda bahtera, baginda terpaksa dikorbankan dengan penuh ketidak-sanggupan . Dek menyelamatkan barisan kelasi dan sekompeni bahtera
Baginda diterjunkan ke dasar laut, bagi mengizinkan gelora kembali tenang . Lipatan-lipatan ganas kembali akur pada riak ceria, sebaik setelah baginda diturunkan
Paus bernama Nun, cergas berlari mendapatkan misinya . Mengaut susuk tubuh baginda ke dalam lorong mulutnya . Lalu, menyimpan baginda dalam alur perut buat seketika
Dalam kegelapan berganda . Dalam pekat langit malam, jauh di dasar lautan gelita dan teraba-raba dalam kembang-kempis kantung sempit
Allah pesankan ilham . Allah kirimkan masa bertenang . Waktu untuk meneliti setiap langkah kehidupan . Mana denai yang telah dilalui, lalu, digambarkan dalam minda untuk dikenal pasti
Hinggakan akhirnya, dapatlah dirasakan ketanggungjawaban dan kekuatan dalaman semula
Mendapat roh yang baru diulit keinsafan dek kezaliman diri yang begitu lemah daya cerap . Menerima rahmat keampunan dalam senyap dan gelap
Tiba masanya, sudah tiba masanya . Maka, Nun pun memuntahkan baginda terdampar di tanah yang gersang
Lemahnya jiwa, rapuhnya kekuatan . Namun, bukan sekecil itu besarnya semangat yang baru
Tuhan Maha Kasih . Dikirimkan berita gembira dengan utusannya buahan labu . Membesar dengan cepat dan memagiskan kelemahan baginda ketika itu
Buat rasa teduh . Buat pengalas perut . Itulah temannya baginda, ketika memulihkan tenaga menanti untuk melompat cergas
Berbekalkan rahmat Tuhan, baginda menerima kekuatan dan terus bangkit untuk kembali beraksi
Beraksi dalam medan dan gelanggang yang dahulunya sudah dimulai . Memperlihatkan magis dalam diri, mengaum semangat motivasi dengan bait-bait inkantasi!
Sehinggalah aman makmur kembali segala misi yang diniatkan tulus dan ikhlasnya tadi . Dan berjayalah sejarah diukir, demi teladan umat zaman bergenerasi
Alhamdulillah
. . .
Langkah #1; locatekan semula kekuatan diri . Aku dah hampir ke situ! Bimasyi'atillah
0 comments:
Post a Comment