Selamat malam
Berayalah di sana
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam,
Tidurlah, sayangku!
Monday, August 20, 2012
at
10:01 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Monday, July 23, 2012
Awak takkan percaya saya
Kau akan ragu dengan aku, tak percaya?
Matahari dah bertompok-tompok, dia mengamuk
Kapom kebabom meletup-meletup
Bencinya dia melihat aku terjelopok
Menyamakan aku pada sejarah-sejarah lapuk
Aku tahu bila akan aku kembali
Naluri aku tetap memburu sesuatu yang satu
Itu takkan berubah!
Biar nanti matahari tersenyum kembali
at
3:00 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, March 2, 2012
Pergh!
Aku paling beron bila aku berdedikasi
Maksud aku, bila aku dah berdedikasi
Ada orang yang tak reti-reti nak hargai
Nah! Aku bengang
Memang aku tak mengharapkan apa-apa
Maksud aku, bukanlah tak mengharap apa-apa
Hanya sekadar kerjasama sahaja!
Cubalah faham!
Cubalah mengerti
Ya, aku beron tadi!
Lalu, henfon aku capai
Dan, satu-satu aku ketip tulis
Penuh maki dan maki
Ko tahu?
Sekelip mata saja
Allah tarik nikmat depan mata
Terus henfon jadi sengal, meragam dan mati
Aku mati akal!
Apakah ini benar-benar tanda?
Atau hanya kebetulan
. . .
Hanya selepas 6 jam selepas itu
Henfon aku hidup seperti sediakala
Tanpa apa-apa kerosakan
Mahupun kecacatan
Hahaha!
Aku manusia biasa
manusia yang biasa
Aduhai...
Terima kasih, Allah!
at
11:34 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Saturday, February 18, 2012
Aku jugak bercinta
Hangat dan basah
Panas dan berembun
Bernafas dalam cinta, akan beri lebih dari hanya jalan
Kerana cinta aku berpijak pada halal. Aku terpijak juga pada haram.
Aku tersilap dan itu bukan salah aku. Aku tersilap untuk aku belajar daripadanya
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta
Aku mungkin bukan Marikh
Yang namanya tak tertulis tarikh
Mataku lebih dari Venus
Aku bukan pencinta hingus-hingus
Aku tak seromantis pencinta manusia
Aku jugak tidak layak dicintai Tuhan manusia
Aku cuma cintakan perjuangan
Mengangkat tangan, meminta jalan
Dari situ, aku dapat lebih dari hanya jalan
Dari situ jugak! Aku faham yang cinta kita sama sahaja.
Kerana niat aku yang memandunya
Dari cinta, aku dapat lebih dari hanya jalan
at
11:26 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Tuesday, January 3, 2012
Memang aku superhero
Jangan pula tak tahu
Ku punya kelemahan
Kelemahanku adalah kekuatanku
Lalu?
Langit aku junjung
Bumi aku ke hujung
Mengukir jalan-jalan
Atas namaku berdiri sendirian
Lalu?
Aku masih lagi bertahan dan berperangan
Untuk apa yang aku citakan
Untuk siapa saja?
Namun, tapak-tapak masih terus mengukir haluan
Menyambung titik-titik ke belakang
Mencabar masa hadapan
at
2:33 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Sunday, December 11, 2011
Tolong khabarkan pada aku
Kalau masih-masih ada lagi
Atau memang sebenarnya ia wujud
Dan masih lagi belum pupus
Anna Leonowens dalam Anna and The King
Dr. Ika dalam Buli
Temple dalam Temple Grandin
Stacey Bess dalam Beyond The Blackboard
Maklumkan aku
Untuk aku persembahkan
Sekalung anugerah
Dan tahniah
Ia berlagu ini
Tapi bukan bermakna lagu ini
at
12:48 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, November 4, 2011
Jom!
. . .
Allah bukan melihat darah-darah yang mengalir walau merah pekat memercik
Tapi, Taqwa yang itulah
http://www.facebook.com/photo.php?v=176928852323705&set=t.100000428318651&type=3&theater
at
12:05 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Wednesday, November 2, 2011
Mula rasa bahagia
Dengan mimpi-mimpi indah
Keyakinan dan kepercayaan
Awalnya sekitar dalam diri
Sekalipun ada seribu tangan di belakang
menyokong mendokong, apa apalah
Nanti bila berdiri, atas kaki sendiri juga
Atas nama Cinta
Ke hadrat Dia
. . .
Berani
Terima Kasih Presiden!
at
1:15 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
2
comments
Friday, October 14, 2011
Lalu, jalankanlah aku
Ada denai di depan
Dan aku bukan ada dua pilihan
Malah seribu juta yang terbuka
Jalankanlah aku
Sekalipun pintu di hadapan tertutup
Atau bukan pun pintu
Hanya kepercayaan dan imaginasiku
Jalankanlah aku
Kerana ada masa
Dan setiap masa
Aku tidak mampu berjalan
Seluruh di hadapan
Segalanya tidak pernah pasti
Bukan ke belakang
Tapi, ya! Bukan ke belakang
Maka, apa lagi?
Aku pun bukannya berani sangat
Tapi, aku masih lagi berani
Lalu, jalankanlah aku
at
7:19 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Wednesday, September 21, 2011
Ini bukan lagu tema
Ini hanyalah satu dari kesemua lagu-lagu magis Sifu . Dari situ, kita belajar sesuatu dari situ
Sang Pencinta, tapi adakah aku sendiri belajar dari situ?
Sehingga dosa-dosa dianggap ringan, di samping pahala-pahala tidak lagi memberat
Hurm . . .
"Sang Pencinta, hanya Dia mengerti persoalan percintaan ini"
at
9:49 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Wednesday, September 7, 2011
Bukan lagi jodoh kita
Apa salahnya bukan jodoh kita
Kalau sudah mencuba secuba daya
Memang bukan lagi jodoh kita
Kalaulah itu yang terbaik, apa salahnya?
It's easy.
You could make it all true
And you can make it undo
You see? It's easy
Satu dua tiga!
Dan, ketika itu sudah aku bersedia untuk apa-apa
Sebagaimana aku sudah bersedia
Menerima jatuh bangun hidup ke hadapan
Yang kadang-kadang tak terbayangkan
Sekarang, bagi masa untuk aku duduk berehat
Masa kan untuk merawat
at
8:39 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, September 2, 2011
Masa . Apa entah yang dimaknakan dengan masa
Kiraan detik-detik, kalau dipandang lebih tinggi, hanya lagi detik-detik selepas terdahulu detik-detik
Mungkin kiraan jarak dan destinasi, entah
Yang aku pasti, tak semua orang hargai masa, juga aku? Dalam kepelbagaian makna, sememangnya aku terlupa pentingnya masa
Mungkin kerana aku berada di ruang bukan ruang . Ruang yang melihat kelajuan seperti mana kelajuan dilajukan
Dan, sekarang biar aku duduk melihat masa berlalu, dan melihat masa berlalu
.
.
Hingga sampai satu detik . Aku harapkan ia detik aku tidak lagi duduk
Sebab banyak yang aku berhutang nak ditebus
at
1:39 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Saturday, August 13, 2011
Sewaktu aku berinspirasikan kejayaan . Kesungguhan
Sewaktu berkobar-kobar mengibar bendera kemegahan . Sewaktu bersemangat penuh waja berbelirat percaya
Sewaktu itu seolah suatu dunia telah tercipta depan mata . Projeksi lakaran atas rentangan maya, di hadapan mata, di hadapan minda
Kata-kata dinilai penuh percaya . Setiap nafas dihirup penuh percaya . Setiap degup berdenyut percaya . Dup dap ladida dap dap!
Percaya dengan lafaz percaya, seiring nafsu percaya, seiring imankan percaya!
Lalu, langkah diderapkan . . . penuh dedikasi . Berwibawa
Menghadapi kegagalan tanpa rasa gentar . Aku ke medan, bukan kerana memerangi gagal . Aku ke medan, untuk menuntut menang
Lalu?
Apa lagi yang bisa menghalang? Kalau pun terpancung, belum tentu aku mati
Hey! Aku kebal
Kurang badan sasa, belum tentu aku tidak kool . Aku kool!
Cuma, bila aku terjatuh . Aku juga seperti insan yang terjatuh . Aku perlu masa membersih luka
Tapi, siapa kata aku berduka? Aku kool!
Sekali lagi aku katakan, jika terpancung pun, belum tentu aku mati . Dan, sekarang, kau boleh pilih samada mahu memandang dunia yang aku pandang
Atau, kau boleh tinggal dengan dunia yang kau senang
at
8:57 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Wednesday, August 10, 2011
Kasihan
Pungguk rindukan bulan
Dileret mungil kecelaruan
Mungkin sebenarnya penantian
itu adalah sebuah pengembaraan
Nafas secukup lama
Secukup matang cinta
Lagi rindu bukan lagi dusta
Sehingga akhirnya
Bulan menyambut cinta
Di lembah pelamin jua
at
5:19 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Tuesday, July 26, 2011
Adui!
. . .
Nak bunuh orang mudah saja . Laparkan dia, kemudian ikatkan dia di suatu sudut sampai lembik kebulur
Selang berapa selang, bawakan limau manis . Kupaskan dan percikkan jus kulitnya . Satu persatu uratnya dikopek dan dilalukan seperjalanan pipi ke pipi
Selang berapa selang, cuba bawakan rendang dan pulut kuning
Selang lagi selang, hadirkan bersama sebekas air merah . Yang basah bekasnya dan berwasap berat
Hingga tiba suatu selang, bawakan hanya ikan bilis goreng . Yang termampu, tidak pun telur mata kerbau goreng
Tapi, bukan senang nak bagi aku mati
. . .
Orang yang benar-benar kuat sahaja, yang tahan dipermainkan psaikonya . Yang dirangsang menjulang dan dipenjara terperuk, serentak
Kalau akhirnya dia mati, maka, matilah dia dengan penuh kesadisan
Tapi, aku pilih untuk tidak mati
Walau bagaimanapun aku tersepit di penjuru sudut ini . Dah banyak yang sudah dirugikan, dan aku tak pernah berasa rugi
Yeah!
at
8:03 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments
Friday, July 22, 2011
"Takda kerja nak gi buat benda tu"
"Okeh, tapi berbaloi ke?"
"Susah kot, bahaya jugak lah . Kan? Kan?"
"Dah fikir banyak kali ke? Risiko ni"
Gemuruh jiwa . . . semangat membara!
at
7:37 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Monday, July 18, 2011
Ini rupanya hidup
Hidup-hidup ditipu
Tipu oleh siapa
Oleh diri sendiri
Ini rupanya hidup
Mati-mati kena tipu
Siapa kena tipu
Diri sendiri kena tipu
Hai hai hai
Akal itu enjin
Badan itu mesin
Sepanjang jalan menuju suatu destinasi
Entah berapa kali
Mati, hidup dan semula mati
Wow!
Itulah hidup dan ceritanya
Rasakan nikmat
Setiap kali terhantuk
Setiap kali mengaduh
at
12:41 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Saturday, July 9, 2011
Dalam ruang dan masa
Tersepit sebentuk jasad
Terbawa arus deras
Tertinggal dek tersekat
Di ruang itu
Masa menjadi guru
Penterjemah falsafah
Hukum hakam hidup
Di masa ini
Ruang terasa sempit
Semput di dada sakit
Hentian tak ada akhir
Keberadaan
Mengajar menghargai keadaan
Dalam keberadaan ini
Aku pun sudah tidak percaya diri
Mujur masih ada magik dalam diri
Saki baki terampuh sebelum mengundur diri
at
12:42 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Monday, July 4, 2011
Ada minda
Minda kelas ketiga
Jadi pengguna
Pengguna parti ketiga
Ada akal
Akal kuncup dangkal
Ketinggalan terkebelakang
Mulut pun bersuara
Berlari lebih ligat
Biar tak setanding tinggi
Asal kedengaran sama tinggi
Mahal pun?
Ada beza?
Aku belum sampai untuk nampak bezanya
Tak mengapa, biarlah aku saja
Berani mati sampai mati!
at
12:48 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, July 1, 2011
Miles from nowhere - Yusuf Islam (Cat Stevens)
Miles from nowhere
I guess I'll take my time, oh yeah!
To reach there
Look up at the mountain
I have to climb, oh yeah!
To reach there
Lord!
My body has been a good friend
But, I won't need it when I reach the end
I creep through the valleys
I grope through the woods
I know when find it
It'll makes me feel good
I love everything
So don't it makes you sad
'coz I'll drink it to you, my honey
I'll think to that! I'll think to that!
Miles from nowhere
Not a soul in sight,
But, it's alright
I have my freedom
I can make my own rules
The one that I choose
Lord!
My body has been a good friend
But, I won't need it when I reach the end
. . .
Sampai suatu masa
Akan terbukti jua
Bagai benar-benar di gurun
Entah bila akhirnya
Jika tak lengkap sebuah cerita
Masih terisi lembaran sejarah
Aku tak perlukan ramai penyokong
Samada dia, mereka atau kau
Dalam mana memang tiada penyokong
Ada tersimpan hasrat menggunung
at
1:57 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
1 comments






