Wednesday, August 1, 2012
Awan mendung
Dah mengandung
Samudera beralun-alun, datang gelora
Matahari garau habis kerja
Lari sembunyi lepas kerja
Unggas kejar-kejar pulang petang
Balik bawa berita, berita air pasang
Kotak tak berisi lagi
Lemparkan kail
Bukan lagi masa memilih
Angkat tebar jala bersih
Angkut kaut jangan memilih
Angkat muat
Air pasang dah tiada masa
Angkat muat
Untung rugi belakang cerita
Angkat muat
Tengkujuh ini, sotong busuk ada harga
Nelayan busuk!
Laut bukan lagi misteri rezeki
Kira pukal, juga rezeki
Angkat muat!
Usah pilih, lambat
Raya dah dekat
at
4:37 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Wednesday, December 7, 2011
Apa-apa pun
Kena rasakan erti bebas
Aqidah itu datangnya dari kata terikat
Dah tu?
Macam mana mahu bebas kalau dah terikat
Oh ho!
Bebas itu pada pemikiran
Kena ingat, yang dalam Islam ada yang tegas
Ada yang anjal
Lebih banyak yang anjal dari yang tegas
Lebih banyak juga yang tegas dari anjal
Bukan kita yang cipta agama
Agama tu Dia yang punya
Allah yang punya
Kita manusia
Tunduk dan ikut
Tapi, bukan membabi tunduk
Tapi, penuh bebas berfikir
Baru ikut tunduk
Baru lah tahu berjalan
Asyik dan kool!
Atas landasan penuh kool!
Bukan asyik-asyik ditendang punggung
Dan,
Risaukan lah landasan
Bila dah bebas
Kerana pangkal dan hujungnya masih di landasan
Ke mana lagi?
Agama bukan kau yang punya!
Erk! Alhamdulillah
at
9:05 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Thursday, October 27, 2011
Hahahahaha
Gelakkan sahaja
Hoi!
. . .
Macam sesat di Limbo . Tersekat menunggu The Trainman
Hilang punca hilang hujung
Naik tangga ke atas, tibanya di bawah
Berlari selaju kilat, tibanya dari belakang jua
. . .
Jadi, yang mana perlu dahulu?
Mungkin perlu memejam mata, menunggu kata-kata ilham
Baik di kanan, benar di kiri . . . lalu tangan yang mana mahu mencapai
Yang kanan atau yang kiri
Pejam kan mata
Percayakan sesuatu, doakan sesuatu
Menjadikan benar-benar manusia
. . .
Konundrum
Hoi ho ya hoi . . . kita semua gembira
Hidup akhirnya sebuah permainan
at
11:41 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Sunday, October 2, 2011
Andalusia memotong sahara
Berderap melewati purnama
Untuk turun di Madinah
Akhirnya
Bukanlah takjubnya pada gajah
Semenjak kaki berpisah rumah
Bahkan ilmu, yang dipinang seawal mula
(Dari cerita hidup Yahya Ibn Yahya, kalau ada yang mengenalnya)
at
1:16 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Tuesday, August 16, 2011
Khayal, membunuh diri dalam khayal
Sakit ditikam seribu kali, akan lenyap bila khayal
Siapa aku dan siapa kau, akan lupa bila khayal
Yang ada hanya nikmat syurga idaman
Apa ada pada dunia depan mata
Terus bermain di depan mata
Minda, sudah ada yang menyusunnya
Bila khayal
Sebelum khayal, pastikan belajar biar pandai
Supaya bila dirasuk langsuir khayal
Kau masih lagi pandai
Apa mahu takut dengan dunia depan mata
Takut, nanti menyorok terperosok
Padahal itu takut-takut mainan minda
Membunuh habis jalan-jalan depan mata
Pergi belajar, pupukkan diri
Sampai puas diri
Sampai yakin diri
Lepas satu,
Tak perlu tunggu
Letak tepi ini itu
Jom khayal!
at
2:14 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Thursday, August 4, 2011
Dan sampai masa?
Untuk menulis gaya komprehensif
Apa kata kita mula dengan Turkistan?
Weh! apa pulak?! Kan banyak lagi yang lain
Oh ek?
.
.
.
Bersedia?
Langkah pertama . . . . Bismillah
at
2:51 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Saturday, June 25, 2011
Tahu tak?
Yang kaum Nabi Nuh ditimpakan bala bukan kerana apa . "Bala ni, bala, bala!"
Bukan kerana apa . Tapi, kerana sebab yang lebih ringan, mungkin . Ringan? Hurm, mungkin aku salah menimbangkan beratnya
Atau, bukan ringan sebenarnya
Begini, dalam kronologi sejarah, yang melibatkan kehancuran . . . sudah pasti kekufuran dan penolakan terhadap agama Allah menjadi asbabnya
Tapi, lain pula bagi kaum pemula sejarah dunia ini
Kerana, mereka ini adalah golongan hebat dalam beragama, tetapi, tersalah laku dan tersungkur di pintu syurga impian mereka
Nak tahu?
Yang mereka bukan menolak agama
Tapi, mereka adalah pelampau agama
Yang mereka tak menolak ketulenan Tuhan
Tapi, mereka hanyut dibayangi mainan syaitan
Yang mereka itu begitu menghormati agama
Tapi, mereka terlebih menghormati figur agama
Kerana taksub, mereka hancur
Kerana taksub, mereka hilang ukur
Kerana taksub, langsung agama berterabur
Hanya kerana taksubkan ketokohan agamawan silam
Hanya kerana mengagungkan manusia beragama, lebih dari agama
Hampir seratus dekad, sang nabi berusaha memperjelaskan
Hampir seratus dekad juga lah, ketaksuban menutupi rasional
Maka, hancurlah umat pemula sejarah!
Selepas keliru akan ketaksuban
Terhadap pemuka-pemuka agung agamawan
Yang begitu ikhlas dengan agama
Tetapi setelah kematian
Syaitan mula mengambilan peranan
Mengkaburkan erti taksub dan menghiaskan keagungan
Di halaman rakyat yang terkemudian
Kau tahu?
Yang mulanya dari ketaatan terhadap agama
Berakhir dengan salah laku agama
Peranan syaitan dan ketaksuban
Menghiaskan ketokohan Wadda, Yagutha, Suwa'a dan Nasra
. . .
at
2:35 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Wednesday, June 1, 2011
Suatu hari yang cerah, ramai orang bekerja dengan penuh bersungguh-sungguh
Tiba-tiba, terdengar dalam seketul hati
X : Bengang seh!
Z : Bengang ek?
X : Bengang deh!
Z : Bengang, awat?
X : Bengang gila!
Z : Huh, memang series ni, memang bengang . Tunggu kau meletup je ni
X : Asyik-asyik aku yang buat . Asyik-asyik aku je
Z : A'ahkan, takkan selamanya kau je kan . Kesian pulak kat kau
X : Itu ah, kena ah ada kolaborasi kan
Z : Pergh! Tengah bengang pun boleh guna perkataan kolaborasi lagi . Pergh!
X : Cis!
Z : (menguis-nguis kaki di lantai, sambil buat bunyi mulut "huuuuuu")
X : Takda, takda. Ni last ni . Last aku nak buat. Lepas ni lantaklah camna pun
Z : Betul-betul! Bengang kot kan
X : Series deh, cuba lah faham sikit kan. Kan kan?
Z : Entah, kesian ah kat kau sikit kan. Sampai bila nak perah keringat kau kan?
X : Huh! Tahu pun kau. Weh, Z, jom ikut aku gi buat kerja tu, jom
Z : Orait! Hurm, kira nak teman-teman ah ni kan? So sweet!
X : (Blushing)
. . .
Dalam tengah-tengah buat kerja tu kan . . Terdengar lagi dalam seketul hati tadi
Z : Weh, aku nak cakap sikit boleh?
X : Kau bukan ke banyak cakap? Cakap je
Z : La, aku pun ko nak bengang? Alahai
X : Okeh, okeh . Sorry
Z : Gini kan, kau tengah bengang-bengang kan . Tapi, ko buat jugak kan kerja ni?
X : Ye ah, tapi ni last, lepas tu lantak lah . Tak peduli dah nak jadi apa
Z : Tapi, penat kot kerja ni . Series wa cakap lu
X : Ye ah, kan aku cakap, lepas ni memang aku tak nak peduli dah
Z : Aku faham tu, tapi, penat-penat kau ni . . . ada dapat balasan ke?
X : Ah..tak peduli aku
Z : La.. gitu pulak . Aiseh, rugi lah
X : Maksud kau?
Z : Gini, kau buat penat-penat gini . Bengang, pastu penat lagi tu . Rugilah kalau takda reward kan?
X : Yep! Habis kau nak apa? Nak diorang menyembah melutut terima kasih kat aku?
Z : Maksud aku, kan bagus kalau kau ikhlaskan niat sikit je lagi . Maafkan diorang sekali lagi je
X : Er....
Z : Gini, bab bengang kita diskas esok-esok dengan diorang . Sekarang ni, kita buat kerja dengan ikhlas je
X : Oh, ah? Hurm.. ek?
Z : Kita buat kerja ni, macam kita buat kerja macam selalu . Kool! Tak stress, dan yeah yeah!
X : Hurm.. hurm... ada betul jugak kan? Hurm hurm
X : Okeh! Sahaja aku niatkan ini kerana ikhlas. Kool dan yeah yeah!
. . .
"Maka, diilhamkan revenge dan taqwa . Dan telah pasti berjaya sesiapa yang mensucikan hati mereka . Dan, sangat rugilah mereka mencemarkannya" (Al-Quran)
at
2:44 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Friday, May 27, 2011
Aku pernah ke situ, dalam dua atau tiga tahun lepas . Jalan-jalannya, samar-samar ingat . Bentuk rumah, pun tak berapa jelas
Sekali dulu . Datang ziarah dan makan-makan . Sampai di rumahnya, di sambut pak jaga dan anak beranaknya . Dan, pasti keriuhan dan kepelikan jiran keliling
Tiga tahun lepas . . . atau dua . Yang mana-mana lah
Hari ini, sepatutnya aku akan membayar ziarah . Lagi . Asalnya dengan tujuan spesifik
Tapi, dek terlupa itu ini, maka, rasa-rasa ingin diabaikan saja . Namun, takkan sebegitu mudah ingin berputus asa?
Okeh . Kita cuba jom! Bermodalkan niat hati dan bermodalkan saki baki memori . Jom, cuba sesuatu!
Seperti biasa, ia ibarat memerangkapkan diri dalam zon sama tapi tak sama . Dan, permainan berani mencuba tanpa ada jaminan berjaya
Kalau tak jumpa, masih tak rugi apa-apa
Tapi, kalau jumpa? Syukur atas rezeki yang ada . Kalau mision not accompolished pun tak apa . . . minum-minum syai pun kira jadi jugaklah
Macam biasa, bismillah dan jalan! Tak rugi apa-apa
Kalau rugi pun, tetap untung . Pengalaman dan keyakinan sentiasa tak pernah kerugian . Memang tiada yang dirugikan
. . .
Ya, memang!
Memori manusia begitu kuat . Hanya, perlu dipupuk perlahan-lahan menyusun kembali data-datanya . Yang dah lenyap, boleh dipanggil semula . Yang tak disangka, boleh muncul semula
Dan bila sudah disusun dengan baik, ia menjadi seakan selembar peta, bahkan lebih baik
Alhamdulillah!
Perjalanan hari ini tidaklah susah dan tidaklah terlalu memakan tenaga . Ia cuma permainan putus dan asa . Juga, keberanian untuk terus mencuba
Ya, memang!
Magik itu sentiasa ada di mana-mana! Kerana minda itu kan sebuah peta?
Yang memetakan segala motivasi di minda . Sekalipun berseorangan, tetap tak berseorangan, kerana minda di sisi letaknya
Juga yang mana, Allah sentiasa mendahuluinya dan yang memandunya
Alhamdulillah! Masih kaget tak percaya . Ha ha ha !
at
9:21 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Monday, May 16, 2011
Exam kills performance;
Maksudnya prestasi hanya akan meningkat di awal exam, dan kelihatan terbantut apabila exam tamat
Bermakna dalam graf kehidupan, titik-titik prestasi akan sunyi, dan hanya dikesan beberapa kali sahaja dalam hidup
Mari persoalkan aku
Adakah aku ini, mampu berlari 100km secara terus, tanpa jatuh prestasi? Kan aku perlukan perhentian untuk kembali menguji pencapaian dan membangkitkan prestasi?
Kan? Bukankah exam itu ibarat perhentian peningkat prestasi? Tak begitu?
Setuju, bernas dan yeah!
Cuma, itu hanya ketika berlari . Berlari gila-gila dengan penuh energi di saiko . Dengan penuh jiwa dan raga memacu tenaga kerja
Tapi, kalau hidup itu hanya sekadar liburan, lalu, hanya tersentak apabila datang exam dengan segala macam tarikh-tarikh mautnya . . . maka, ketika itulah exam itu adalah pembunuh
Pembunuh prestasi!
Ini adalah sangat kasar dan kurang tatasusila . Itu sahaja alasan, untuk majmuk tak bersetuju
at
1:21 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Saturday, May 14, 2011
Blog adalah medium penceritaan
Ada tentang kisah hidup . Ada yang mengadu . Ada yang berkongsi gembira . Ada yang gundah-gulana tentang hati yang merindu, sedih dan sunyi . Ada yang riang dan bertenaga, juga puas ceria
Ada tentang idea . Konsep dan pemikiran . Ada yang pasal falsafah dan pancaindera . Kristalnya perspektif di minda
Ada tentang perjalanan, penggambaran, kelana, pertemuan, kejadian . Ada juga pasal pertandingan, jualan dan hiburan
Blog adalah medium untuk segala-galanya . Untuk segalanya diceritakan
Dan, mungkin cepat sangat difahamkan, bahawa, blog itu cerminan terus sebuah kehidupan
. . .
Le monoslogos; lahir awal Julai 2010 . Dan, ia lahir kerana ia mahu lahir . Tanpa sebab khusus, dan memang ia tertakdirlah lahir
Eh? Tak, tak . Ada sebab khusus, tapi, kalau melibatkan peranan asal blog . . . tak ada . Ia blog biasa, yang dipilih menerima sentuhan sedikit gila dari biasa
Kerana le monoslogos adalah sebuah mesin teknikal . Sebuah medan latihan taktikal . Sebuah eksperimen yang betul-betul eksperimental
Ia adalah cubaan pertama, mencuba genre penulisan yang tak bernama
Le monoslogos lahir sebagai ujikaji dan praktis amali . Mencuba sesuatu yang baru, yang asing dan baru . Yang pelik dan asing, tetapi semacam ada sesuatu
Sebagai satu juzuk, dari episod-episod latihan . Ke arah penulisan karangan yang mapan
Menukilkan setiap dakwat papan-kekunci dengan kepelbagaian genre . . . yang ada di pasaran . Atau yang masih segan-segan untuk dipasarkan
. . .
Dan, ia secara langsung menjadikan cerita-cerita hidup aku sebagai pancang hidup matinya . Memang ia merisikokan output yang terhasil
Ia akan mengundang salah faham . Kepelikan . Mungkin teruja . Mungkin makin keliru . Dan yang pasti, mudah disalah tafsir
Tapi, aku tak kisah . Memang dah namanya asing, dan memang dah namanya eksperimen
Apatah lagi, sehingga saat ini, aku merasakan bagai sudah sedikit amatur dalam genre sebegini (masih belum berjumpa gerangan genre, sebenarnya) . Jadi, teruskan yakin!
Memang, aku bermula dari budak sampah . Jadi, takat amatur pun sudah cukup bagus sudah
. . .
Itulah le monoslogos . Nak baca tajuknya pun susah . Apa lagi isi-isinya
Jangan kata kau, aku pun terbelit keliru kadang-kadang . Alahai . . . itu nasib si tukang eksperimen
Nota : Aku gila menulis karangan sejak dari kecil . Dan, memang aku gila nak perbaiki juga mencuba teknik baru-baru
Sebab apa? Aku dari dulu tak tahu menulis karangan . Kalau tak aku yang menolong diri sendiri . . . . . . . . haa....
Tapi, Inshaallah! Akan kembali merujuk kepada genre-genre lebih universal dan mesra pengguna kembali . Tapi, tunggu naik pangkat dulu
at
6:20 AM
Categories:
Labels:
Ide
1 comments
Wednesday, April 27, 2011
Mula isi jadual
31 hari . 744 jam
Tolak 186 jam tidur malam, tinggal 558 jam
558 bahagikan dengan 2 jam setiap kotak jadual, dapat 279 sesi.
279 projek nak kena cari, nak kena isi
Bermakna, setiap hari ada 9 kotak berjangka 2 jam
Hurm ! Banyak tu! Wow! Teruja!
Semata-mata mengisi Mei 2011 . Nanti baru fikir purnama-purnama akan datang
. . .
Duit? Duit boleh beli . Boleh jadi pengemis kalau dah tak ada duit
. . .
Nokotta! Okeh, boleh mula
at
8:02 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Monday, April 11, 2011
Di hari-hari yang aku berasa puas . Di hari-hari yang aku meneliti kekuatan luarbiasa, dalam Kalam-Nya
Surah Al-Baqarah; dari ayat-ayat-Nya yang penuh kekuatan . Dan, kepuasan
Bergantunglah kepada sejauh mana untuk manusia itu terlarut dalamnya
Yang aku dapatkan pada mulanya hanya dengan pencerapan kata hati . Lalu, terdorong merujuk kalam-kalam suci dan bait-bait arab yang berenergi!
Lalu, jelas aku melihat yang darahnya begitu pekat mengalir dalam jiwaku . Darah yang sudah terlarutkan jampi serapah kata-kata dalam ayat-ayat-Nya
Sehingga aku berasa puas . Dan, lupa akan dunia keliling . Lupa akan realiti dan hanya pejamkan sebelah mata untuk menikmati setiap nafas-nafas ketika itu
. . .
Kepuasan di atas kepuasan . Di atas infaq dan pengamalan
1) Aku; jika benar-benar berinfaq kerana mengharap Redha-Nya, aku seperti tuan empunya harta sebegitu menjumlah
Yang bila sudah tiba masa lemahnya dan seluruh harta itu melenyap sekelip mata, aku masih lagi kekal berkekuatan luarbiasa!
2) Aku; seharusnya menyedari yang Syaitan selalu mengajar agar aku menakuti kemiskinan dan memaksakan kebakhilan.
3) Mulianya aku menjaharkan infaq-infaq itu, demi tauladan rakyat . Adakalanya, lebih mendekati kehambaan ketuhanan, apabila aku menyenyapkan sahaja
4) Dan, sesungguhnya . . . kemulian warga masakin itu, adalah pada nama bagusnya . Pada sejauh mana ia menjaga martabat hidup, walaupun kekurangan beras hidup
Tidak hina dengan meminta, dan mampu berdiri tegak lagak kaya!
5) Kemurahan dalam menghulurkan, adalah ubat ketenanga dan kepuasan diri aku! Ya, puas!
. . .
Allah Maha Besar! Aku sudah hilang bicara dengan kalamNya . Malah, seasli bahasa azalinya, aku sudah lebih melarut
Hanya ini yang mampu meredakannya . Menghalang aku terus menghanyut kepuasan, dan hilang tak sedar diri ....
[265]
And the likeness of those who spend their substance seeking to please Allah and to strengthen their souls, is as a garden high and fertile: heavy rain falls on it but makes it yield a double increase of harvest, and if it receives not heavy rain, light moisture sufficeth it. Allah seeth well whatever ye do.
[266]
Does any of you wish that he should have a garden with date-palms and vines and streams flowing underneath and all kinds of fruit, while he is stricken with old age, and his children are not strong (enough to look after themselves)― that it should be caught in a whirlwind, with fire therein, and be burnt up? Thus doth Allah make clear to you (His) signs; that ye may consider.
[267]
O ye who believe! Give of the good things which ye have (honourably) earned, and of the fruits of the earth which We have produced for you, and do not even aim at getting anything which is bad in order, that out of it ye may give away something, when ye yourselves would not receive it except with closed eyes. And know that Allah is Free of all wants and Worthy of all praise.
[268]
The Satan threatens you with poverty and bids you to conduct unseemly. Allah promiseth you His forgiveness and bounties and Allah careth for all and He knoweth all things.
[269]
He granteth wisdom to whom He pleaseth; and he to whom wisdom is granted receiveth indeed a benefit overflowing; but none will grasp the message but men of understanding.
[270]
And whatever ye spend in charity or whatever vow you make, be sure Allah knows it all. But the wrong-doers have no helpers.
[271]
If ye disclose (acts of) charity even so it is well, but if ye conceal them, and make them reach those (really) in need that is best for you: it will remove from you some of your (stains of) evil. And Allah is well acquainted with what ye do.
[272]
It is not required of thee (O Messenger) to set them on the right path but Allah guides to the right path whom He pleaseth. Whatever of good ye give benefits your own souls and ye shall only do so seeking the "Face" of Allah. Whatever good ye give, shall be rendered back to you and ye shall not be dealt with unjustly.
[273]
(Charity is) for those in need, who, in Allah's cause, are restricted (from travel) and cannot move about in the land, seeking (for trade or work): the ignorant man thinks because of their modesty that they are free from want. Thou shalt know them by their (unfailing) mark: they beg not importunately from all and sundry. And whatever of good ye give, be assured Allah knoweth it well.
[274]
Those who (in charity) spend of their goods by night and by day, in secret, and in public, have their reward with their Lord: on them shall be no fear, nor shall they grieve.
. . .
Seronok dan puas . Bila mencatatkan rasa hati, dan membuahkan puas dalam hati
Seperti-seperti puasnya seperti begini
at
12:55 AM
Categories:
Labels:
Ide
3
comments
Tuesday, April 5, 2011
(Dengan nafas sebegitu perlahan-lahan, barulah kau boleh mengikuti makna di sebalik ini)
.
.
.
.
Sekejap!
Berhenti sekejap
Cuba berhenti sekejap . Berhenti dari kepantasan arus yang kau sedang pandu ini
Berhenti, dari mendakwa tingginya kata dan jiwa . Jiwa raga
Dari berkata-kata, yang mendahului mata . Dari berkata-kata, tentang padat dan hebatnya idea . Sejuta idea, yang datang dari otak bemutiara
Berhenti sebentar, di waktu hati mendenguskan curahan kata-kata
.
.
.
Lengahkan seketika . Regangkan jasad, dan lenturkan degupan di dada . Pesankan kepada ia untuk berhenti sejenak sahaja
Berdiri seperti biasa kau berdiri . Di hari-hari yang biasa kau berdiri
Biarkan alam lalu-lalang di sekeliling, bergerak laju . Tanpa menghiraukan diri kau yang sedang berhenti
Tegakkan diri dengan nafas yang mendalam, dengan hirupan seindah semanis haruman bunga
Rasakan setiap nafas penuh menyegarkan ke setiap rongga yang dilalui . Hingga kau dapat rasakan yang ia sedang membentuk kebesaran paru-paru
.
.
.
. . .
Kini, kau sedang berhenti . Ketika kau sedang berdiri melihat alam keliling laju berlari
Kecilkan mata kau, hingga kau mampu membayangkan susuk manusia seperti kau juga . Yang ternampak di hujung-hujung alam, yang sedang kau berdiri di tengahnya
.
.
.
.
Kau sebenarnya menyedari, bahawa ia sedang berkata-kata sendiri . Berkata-kata dengan dirinya sendiri . Seorang diri
Ayuh! Cepat-cepat kau bertindak
Pesankan kepada telinga, agar meneliti setiap baris kata-kata yang diperkatakannya . Apa yang diluahkannya . Apa yang dipersembahkannya
Telitikan setiap kalimah dan setiap tutur bicaranya . Satu persatu kau perhatikan naik turun bibirnya . Satu persatu kau ikuti bicaranya
.
. . .
Dapatkah kau mendengar isi hatinya? Jika, kau belum mampu mendengarkannya, cubalah sekali lagi
Cubalah lagi
Masih terlalu awal untuk kau mengalah dari memfokuskan minat kau kepadanya . Apa yang kau samar-samar dengar daripadanya itu, sangat menarik minat kau
.
.
.
Dapatkah kau mendengar isi-isi jiwanya itu?
Teruskan menambah minat untuk kau perhatikan apa yang diperkatakannya
. . .
Baik!
Cukuplah masa kau berhenti . Bolehlah kau mendegupkan kembali jantung dengan pantas . Samakan degupannya dengan lajunya alam di sekeliling
Sertailah semula gerombolan yang deras, yang kau berada di tengah-tengahnya tadi
Teruskanlah . Berkata-kata meletakkan tingginya jiwa dan raga . Mempersembahkan kotak mutiara kau, yang namanya otak
Yang kau tahu betapa tingginya nilai setiap idea, yang kau telah hasilkan daripadanya
. . .
Jika ada lagi masa, kau lawatilah tempat ini semula . Berhenti sejenak semula
Dan, carilah di mana-mana lagi, jika ada lagi yang terselit-selit . Susuk-susuk tubuh manusia yang boleh kau dengari rasa hatinya
Pasti ada!
Bahkan mungkin dua, tiga atau empat . Atau lima . Susuk tubuh manusia yang sedang sendirian berkata-kata
Yang mengadu tersisih, dek kelajuan arus . Yang mengaduh terjatuh, dek tiada kepercayaan ampuh
Yang merempat tertinggal gerabak, dek ketajaman kehendak arus . Arus seperti yang dipandu oleh pemandu seperti kau itu
.
. .
...
..
Yang kau tahu, bahawa ia sedang berkata-kata dengan kau
Kata-kata senyap, penuh alunan pengharapan, agar kau mendengarinya
.
Agar kau mendengarinya, ketika mana kau kembali berlari laju dalam arus, yang tanpa disedari telah melupakan dirinya terus
Dirinya
Yang juga punyai hak idea . Dan hak untuk memandu arus . Untuk memperdagangkan kepelbagaian dalam perairan pemikiran yang sebegitu lebar sempadannya
.
.
.
Maka, jika kau ada masa, rajin-rajinkanlah untuk berhenti sejenak
Kerana sekalipun arus lalu-lalang di sekeliling kau, begitu meluru laju, kau sendiri tahu bahawa ada yang sedang hanya berlenggang duduk-duduk di situ
Kau tahu itu . Dan, kerana itu kau masih tahu jalan untuk ke sini semula
.
. . .
Begitulah
Manakala aku . Aku tiada alamat untuk aku hantarkan jemputan kepada kau . Untuk kau berhenti ke sini, menjenguk
Aku . Hanya menunggu hari-hari untuk kau berhenti sejenak . Dan, memerhatikan di mana aku, dan juga mereka yang seperti aku
Menunggukan waktu
Yang sehingga itu, kami akan terus menunggu
at
1:51 AM
Categories:
Labels:
Ide
2
comments
Tuesday, March 22, 2011
Tak sangka terjumpa satu tempelan satu orang kawan . Kawan muda yang berjiwa hebat!
Beliau . Yang sedikit mengacu pendedahan pasal 'orang gila' . Terima kasih untuk beliau
. . .
Aku sangat suka orang gila . (walaupun tak pernah berjumpa dengan kegilaan bergelombang lampau-beta)
Semulanya aku mengkagumi dan meneliti tabiat mereka, seingat aku, sewaktu membantu ibu dalam kursusnya
Awalnya, aku hanya membaca dan teruja . Dan seterusnya, aku mula mengulang-ulang menonton filem Buli . Hinggakan, aku terasa perubahan dalam diri aku, ketika aku memandang orang lain
Terasakan seperti aku mudah memandang sisi cemerlang dalam setiap manusia . Dan, memandang kemunduran syahsiah setiap manusia itu, adalah hasil kekaburan sisi cemerlang itu
Ya! Orang gila bukan sahaja yang gila terbakar otak . Tapi, juga mungkin seorang seperti anda yang bertali leher, seluar straight-cut
Aku teruskan meneliti dan akhirnya, jatuh cinta dengan orang gila . Golongan yang teruji mentalnya, dan mengalami pertembungan dalam diri yang begitu hebat . Yang tak semua orang dapat rasakan
Kalimah 'Orang Gila' yang dilihat menakutkan dan mengejikan, bagi aku, adalah kalimah istimewa . Suatu klasifikasi khusus bagi golongan yang sebenarnya menunggu masa sahaja . Menanti waktu, untuk menggegar dunia!
Terhadap mereka . Hanya perlukan sedikit bantuan dan kepercayaan, untuk mengangkat masalah serta melorongkan hala kepada mereka
Juga sekelumit keterbukaan untuk membiarkan mereka mencorak dunia dengan tangan mereka . Biarkan mereka beraksi, setelah diperkemaskan fitrah jatidiri
Dan, yang aku rasa penting, tidak perlulah malu untuk mengakui yang ramainya daripada manusia itu, mengalami permasalahan mental . Dalam kata lain, ada gilanya!
Memang ternyata wujud sedikit-sedikit . Namun, dek kerana dibina persepsi bahawa kemunduran mental itu adalah menghinakan, maka, dipendamkan dan dibiarkan melarat
Hidup kurang cemerlang, bila masing-masing menyembunyikan 'gila-nya' dalam diri
Apa salahnya kalau gila? Jika yang gila itu, boleh-boleh sahaja dilenturkan ke arah muara lautan cemerlang
. . .
Aku sendiri gila!
Dan aku yakin, hanya orang gila sahaja yang memahami orang gila . Apatah lagi, berani bercinta dengan orang-orang gila!
Yeah!
Dan, kalau pening-pening dengan kalimah gila dan keunikannya . . . maka, carilah dan usahakanlah menemukannya!
Sehinggalah, aku dan kau mampu seiringan memanfaatkan keunikannya
at
6:11 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Monday, March 21, 2011
Jujurnya, aku adalah antara orang yang tanpa segan silu memberi perhatian jujur kepada Astora Jabat . Ketika dahulu, ketika sekarang
Pada kejadian katastrofi dunia . Pada kejadian rentetan bencana . Pada kemusnahan alam luar biasa . Luar Kuasa!
Namun! Perhatian itu sangat berdisiplin dan penuh dengan tatasusila . Sesekali, aku tak akan berani beraqidah songsang
. . .
Aku masih ingat ketika aku memimikkan rasa mual, apabila datangnya tsunami 2004 . Mual dengan jelata
Langgar saja Acheh, terus meniti di bibir jelata "itulah balasan kaum berdosa!" , "Itulah hukuman Tuhan bila Dia murka!"
Aku ada iman, inshaAllah . Bahawa memang segalanya adalah dari Allah . Ketuanan mutlak semayapada di kekuasaanNya . Itu aku iman sangat
Cuma, aku kurang gemar bila agama dijadikan candu untuk buta pemikiran . Terus menutup ruang peneladanan . Terus hanya keinsafan . . . terus insaf , tapi bukan untuk lebih dari sedua bulan
Ya, memang! Benar, yang segalanya keajaiban Tuhan yang tidak mustahil
Namun, pesan aku kepada aku . Cuba-cubakanlah, gerakkan hati diri perasaan lagi pemikiran . Untuk memandang perjalanan lebih dedikasi selepas ini
Barulah, agama itu tidak mencandu, bahkan, memandu laju!
. . .
Seperti kepelbagaian fenomena luarkuasa-luarbiasa yang jadi-menjadi . Bukanlah aku, jika aku terus menonton buta tanpa melihat punca dan usaha di pihak aku
Spiritual; itu sudah aku katakan tentang iman aku, sejelas dan serjenihnya, inshAllah
Usaha fizikal?
Ya! Itu maksud aku . Yang aku maknakan dari hasrat aku adalah usaha fizikal . Serata dengan pesan Tuhan dalam firman "Telah nyata katastrofi di darat juga lautan, kesan tangan-tangan manusia!"
Itu maksud aku . Jika lah aku nampak, yang aku lah yang menyumbang kepadanya secara terus, secara fizikal . . . maka, seharusnya ia adalah ramuan lebih berdaya, dengan kekuatan iman . Apabila aku mampu melakukan sesuatu, di pihak aku !
. . .
Aku suka akan tsunami . Sukakan gempa bumi . Sukakan kemarahan matahari !
Kerana itu menegur aku yang rakus menganggu sistem tadbir bumi . Dan sistem segalaksi
Dan setelah mereka naik taring, aku sedar. Lalu, buat aku lebih hidup berdedikasi!
Sehinggalah begitu, biarkanlah mereka berusaha keras memulih-suai-diri . Aku kagumkan, aku tenangkan dan raikan . . . biarpun reaksi mereka itu, sangat mengancam mandiri kaumku sendiri!
at
7:00 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Wednesday, March 16, 2011
Sekadar mencatat . Singgah mencatat, agar satu masa nanti, kembali semula mengingati aliran pemikiran gaya ini
Bukanlah terlalu asing lagi pelik . Cuma, kurang praktikal untuk diperbahas di musim kebanjiran permasalahan aqidah, sekarang
Tapi, kalau nak sangat melayankan pemikiran, aku lebih kemas menyokong pemikiran aku
Namun, rukun kehidupan seharusnya terimbangkan sosial . Jadi, apalah guna pemikiran hebat jika tidak tercapaikan komuniti sekeliling
Maka, aku sekadar mencatat, agar aku kembali suatu hari nanti untuk mengingat
. . .
Adakah masyarakat Malaysia akan semakin bertambah-tambah rajin membaca, apabila Bible diterjemah ke dalam bahasa ibunda?
(apapun, aku belum menggemari ia diluluskan, tapi lebih menjurus ke arah wujudkan pusat kajian bible)
Begini! Aku mahukan dan inginkan manusia itu dihormati akalnya
Manusia perlu dikembangkan akalnya . Manusia perlu dibiarkan akalnya menerawang . Lalu, perlu dialirkan semula dengan baik
Akal sangat memandu dengan cemerlang, jika, pembangunannya sangat cemerlang . Nak pandu dengan cemerlang, seharusnya meraikan kognitif yang cemerlang
Dan, itu semua bukanlah semata-mata melalui penyaduran pemikiran tanpa keterbukaan kritikan
Juga, bukanlah juga bermakna membuka pemikiran sehingga sana-sini langgar kemalangan . Kalau cemerlang kognitif, cemerlang juga alasan untuk kembali ke asal pokok perbincangan
Kenapa perlu halang itu dan ini ?
Atau sebenarnya perlu lebih dilatih modal-modal kekuatan untuk membentuk arus pemikiran yang lebih bertenaga lagi selamat?
. . .
Aku faham, ada kalanya perlu mencegah, lebih awla . Aku faham . Aku faham
Mencegah adalah lebih awla!
Tapi, jangan hentikan usaha pembangunan pemikiran itu . Itu pesan aku kepada aku
Dan, itu yang membina aku
at
6:43 PM
Categories:
Labels:
Ide
1 comments
Monday, February 28, 2011
Afdlin Shauki, 2003
Kemas dan tersusun . Berjalan atas kajian . Mempersembahkan warna lain dalam diri manusia, yang manusia sendiri sorokkan
Jom ulangkaji . Dari situ, aku akan lebih mempelajari diri dan manusia
Ulang dan kaji semula
at
7:54 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Sunday, February 20, 2011
Seperti berdiri di depan cermin penuh bertenaga !
Dan dah tak terkata apa-apa . . .
Hanya selepas lelah anak-anak tangga . Yang berderetan di depan mata . Pasti suatu masa . . . ada ketika akan nampak hasilnya
InshaAllah . Sehingga ke situ, kita terus bertenaga di depan cermin aduka tukang cheritera
at
7:42 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Wednesday, February 16, 2011
Mula ceritanya begini
Air pasang di laut, menjemput kawanan ikan bergerombolan di permukaan . Lalu, bergembiralah mereka sambil berlarian ke sana ke mari satu pasukan
Cukup sudah, jaraknya yang tercapai kalau-kalau ada pemangsa memasang mata . Cukup jelas riak di permukaan, sambil hawa gelojoh meratah jiwa
Murre adalah yang pertama yang terpanggil . Yang tak perlu tunggu lama untuk bertindak, dengan peluang diambil . Yang paling pertama dari flok menyelam yang paling terampil
Debushh! Debushh! Debushhh!
Berstrategi dengan akal kepungan . Berakal dengan misi berkumpulan
Terjunan selam menggariskan sempadan kawasan . Sempadan khas membulatkan kawasan . Supaya tak membazir usaha selaman
Kawanan ikan terkejut dek selaman satu-dua-tiga-sepuluh flok menyelam itu . Pun, terus bertindak melulu berterabur sampai hilang pedoman
Entah siapa ketua, entah siapa yang jadi ayah pedoman
Semuanya kelam kabut dan saling berlanggar, sampai bergelut sesama sendiri . Lalu, terperangkap dalam bebola ikan yang dicipta sendiri
Dari jauh, konflik kawanan itu diperhatikan dengan mata tajam . Hingga menggoda serakah dari flok-flok yang lain . Yang rupanya lagi rakus dari Murre
Yang rupanya memang sang pengambil kesempatan . Yang lagi tak beradab meratah peluang percuma depan mata
Menjemput bala dari flok pantas mara . Dari Camar, hinggalah nama-nama lain yang lebih bertaring durjana
Maka, bukan sesal jawapannya . Bila kawanan ikan yang bergembira dengan air pasang cepat terlupa untuk berawas-awasan
Kalau bukan sesal, entah apa jawapannya . Tapi, kalau dah sampai di'bebola-ikan'kan . . . jangan salahkan sang ketua yang sudah tua menjadi pedoman
Sebab berkawan dengan ramai itu memang syarat tidak dibaham . Tapi, lebih dari itu adalah berwaspada dan saling cermat akan kiri dan kanan
Supaya kenal mana satu ayah pedoman, mana satu gejolak jiwa dan perasaan
Supaya selepas berjemaah, taat dan jelas hala tuju itu yang perlu diutamakan . Lebih dari tahu dan faham, harus bangkit deria sedar!
. . .
Itu yang boleh dibuat belajar . Dari kisah anak-anak laut yang begitu dijadikan pengajaran
(TV1 - Dokumentari 'apa entah')
at
9:29 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments













