Saturday, February 12, 2011


Kan boleh kan?

Kalau usaha betul-betul, mesti dapat hasilnya . Demonstran di  Tahrir sanggup bermati itu ini, mahu jatuhkan Pakcik Husni . Ha! Dah dapat!

Lepas tu jadi apa . . . kita tengok nanti . Tapi, selagi kita berusaha betul-betul . . . dengan tawakal pasti akan jadi

Kita pun boleh buat revolusi sendiri . Segala macam yang kita citakan . Segala macam yang diazamkan . Semuanya boleh dilonjakkan revolusi

Usaha betul-betul

Mahu perubahan ? cuba jadi sanggup jadi gila . Memanglah . Orang gila akan berkelakuan gila-gila . Dan sanggup cabar aksi gila-gila-gila!

Dan lepas itu, akhirnya, dapat rasakan revolusi dalam jiwa

Boleh sebenarnya . . . walau sejauh mana perjalanan . Walau semustahil mana jangka masa di depan . Walau selemah mana hari ini . Walau (hurm . . . suka hatilah nak isi apa)

Sabar sikit untuk yakin . Yang semuanya boleh!

. . .

Ini cerita tentang keazaman dan kesanggupan . Bukan cerita lain . Hanya untuk memaksakan keazaman dan kesanggupan . Seiring meminjam darah-peluh-kuasa-jiwa mereka !



Jangan terlupa yang nanti mungkin yang ditanya . . . apa pula revolusi kita ? Kerja gila kita untuk Deen kita

at 9:20 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>