Mengenai prinsip dan harga diri
Berapa mahal harga diri
Berapa tinggi nilai teguh berdiri
Ketika kecelaruan umat
Semboyan dilaung menyatukan umat
Ada dalam kumpulan, ada dalam kesatuan
Ada juga dalam rombongan
Menyeru posisi diri dengan kuat!
Memilih dengan cepat
Memilih dengan nekad
Menentukan laku gerak
Dan ketika itu, aku tekad, untuk memanjat tembok dan berdiri
Berdiri di atas kaki aku sendiri
Berfikir dua tiga kali
Mahu diangkat tidak slogan sendiri?
Mengenai prinsip dan harga diri
Berapa mahal harga diri
Berapa tinggi nilai teguh berdiri
Bisnes kita adalah bisnes umat
Supaya bertemu Tuhan dengan selamat
Dalam pada umat yang begitu pelangi
Dalam pada keunikan tersendiri
Menonton di atas tembok ini
Berkira-kira semula langkah kaki
Sambil berdoakan optimis
Pagi-pagi umat yang dicintai
Sabda Nabi menyeru berkumpul
Aku memang sudah berkumpul
Hati kita tak pernah tidak berkumpul
Mungkin cara bermain yang lain
Yang buat seolah tidak berkumpul
Kita sudah berkumpul
Thursday, June 30, 2011
at
3:21 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Saturday, June 25, 2011
Tahu tak?
Yang kaum Nabi Nuh ditimpakan bala bukan kerana apa . "Bala ni, bala, bala!"
Bukan kerana apa . Tapi, kerana sebab yang lebih ringan, mungkin . Ringan? Hurm, mungkin aku salah menimbangkan beratnya
Atau, bukan ringan sebenarnya
Begini, dalam kronologi sejarah, yang melibatkan kehancuran . . . sudah pasti kekufuran dan penolakan terhadap agama Allah menjadi asbabnya
Tapi, lain pula bagi kaum pemula sejarah dunia ini
Kerana, mereka ini adalah golongan hebat dalam beragama, tetapi, tersalah laku dan tersungkur di pintu syurga impian mereka
Nak tahu?
Yang mereka bukan menolak agama
Tapi, mereka adalah pelampau agama
Yang mereka tak menolak ketulenan Tuhan
Tapi, mereka hanyut dibayangi mainan syaitan
Yang mereka itu begitu menghormati agama
Tapi, mereka terlebih menghormati figur agama
Kerana taksub, mereka hancur
Kerana taksub, mereka hilang ukur
Kerana taksub, langsung agama berterabur
Hanya kerana taksubkan ketokohan agamawan silam
Hanya kerana mengagungkan manusia beragama, lebih dari agama
Hampir seratus dekad, sang nabi berusaha memperjelaskan
Hampir seratus dekad juga lah, ketaksuban menutupi rasional
Maka, hancurlah umat pemula sejarah!
Selepas keliru akan ketaksuban
Terhadap pemuka-pemuka agung agamawan
Yang begitu ikhlas dengan agama
Tetapi setelah kematian
Syaitan mula mengambilan peranan
Mengkaburkan erti taksub dan menghiaskan keagungan
Di halaman rakyat yang terkemudian
Kau tahu?
Yang mulanya dari ketaatan terhadap agama
Berakhir dengan salah laku agama
Peranan syaitan dan ketaksuban
Menghiaskan ketokohan Wadda, Yagutha, Suwa'a dan Nasra
. . .
at
2:35 AM
Categories:
1 comments
Tahu tak?
Yang kaum Nabi Nuh ditimpakan bala bukan kerana apa . "Bala ni, bala, bala!"
Bukan kerana apa . Tapi, kerana sebab yang lebih ringan, mungkin . Ringan? Hurm, mungkin aku salah menimbangkan beratnya
Atau, bukan ringan sebenarnya
Begini, dalam kronologi sejarah, yang melibatkan kehancuran . . . sudah pasti kekufuran dan penolakan terhadap agama Allah menjadi asbabnya
Tapi, lain pula bagi kaum pemula sejarah dunia ini
Kerana, mereka ini adalah golongan hebat dalam beragama, tetapi, tersalah laku dan tersungkur di pintu syurga impian mereka
Nak tahu?
Yang mereka bukan menolak agama
Tapi, mereka adalah pelampau agama
Yang mereka tak menolak ketulenan Tuhan
Tapi, mereka hanyut dibayangi mainan syaitan
Yang mereka itu begitu menghormati agama
Tapi, mereka terlebih menghormati figur agama
Kerana taksub, mereka hancur
Kerana taksub, mereka hilang ukur
Kerana taksub, langsung agama berterabur
Hanya kerana taksubkan ketokohan agamawan silam
Hanya kerana mengagungkan manusia beragama, lebih dari agama
Hampir seratus dekad, sang nabi berusaha memperjelaskan
Hampir seratus dekad juga lah, ketaksuban menutupi rasional
Maka, hancurlah umat pemula sejarah!
Selepas keliru akan ketaksuban
Terhadap pemuka-pemuka agung agamawan
Yang begitu ikhlas dengan agama
Tetapi setelah kematian
Syaitan mula mengambilan peranan
Mengkaburkan erti taksub dan menghiaskan keagungan
Di halaman rakyat yang terkemudian
Kau tahu?
Yang mulanya dari ketaatan terhadap agama
Berakhir dengan salah laku agama
Peranan syaitan dan ketaksuban
Menghiaskan ketokohan Wadda, Yagutha, Suwa'a dan Nasra
. . .
at
2:35 AM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments
Thursday, June 16, 2011
Batuk terbatuk, terduduk
Kalau jumpa simpang, hati jadi tak pasti
Kalau jumpa jalan mati, jadi otak pusing
Kalau penuh ranjau duri, lemah lutut kaki
Berlagak sayangkan Tuhan
Selepas berlepas penuh keyakinan
Berderai habis janji pada Tuhan
Dosa-dosa macam butir pasir
Tak mampu nak berandal
Kejap saja sudah tenggelam
Jauh lagi bermimpi lain
Esok lusa
Makin lama makin tak pasti
Mungkin kerana dosa
Hati jadi tak pasti
at
5:34 AM
Categories:
Labels:
Monoslogos
0
comments
Friday, June 10, 2011
Menurut yang dipelajar dari dulu
Waktu Qiamat, langit dan bumi akan digulung-gulung
Jasad cakerawala pun saling bertembung-tembung
Semua hancur berterbangan macam debu
Bukan di bumi, tapi seluruh alam sekaligus
Okeh!
. . .
Kalaulah apa yang saintis jumpa itu adalah suatu jangkaan yang teliti. . . maka, tak mustahil yang ia akan terjadi sedemikian rupa
Maksudnya, begini
Baru-baru ini, saintis menemui 'Vampire' Stars . Bintang-bintang besar, lebih besar dari Matahari yang sifatnya menyedut gas utama (Hidrogen) dari bintang-bintang lain.
Ia sedut dan sekaligus menelan beransur-ansur bintang yang lain . Ia juga apabila tiba masa, mampu bergabung dengan bintang-bintang lain
Maksudnya,
Kalau setiap bintang seperti Matahari itu, memiliki objek-objek yang tekun mengelilinginya . Maka, objek-objek itu semua akan terhadam juga . Itu berlaku jika, bintangnya telah berjaya disedut 'Vampire' Stars
Baru-baru ini, saintis menjumpai 'Vampire' Stars dalam kejiranan sistem solar kita . Maksudnya, terletak berhampiran dengan kita
Oh! Bukan maksudnya terlalu hampir . . . tetapi dikira hampir berbanding jarak alam cakerawala kita yang ultimatum besarnya
. . .
Cuma, kalaulah saintis berjaya mendeduktifkan kiraan pergerakan 'Vampire' Stars itu, mungkin kita boleh tahu bila masanya waktu kehancuran alam ini
Terbayangkan, saat 'Vampire' Stars mendekati sistem solar . Lalu, menyedut sedikit demi sedikit hidrogen Matahari
Ada rezeki, selamat sekejaplah Bumi. Dapat merasai pengalaman Matahari menjadi malap graduali
Atau, tak sempat Matahari malap sedikit, segala unsur bumi dan diserap habis dahulu
. . .
Hehe, tapi, Kiamat itu tak boleh dijangka . Hanya Allah yang tahu dan telah ditetapkan ia . Tidak akan dicepatkan atau dilambatkan
Mungkin hari ini?
at
6:50 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Jemput-jemput ya!
Nasi minyak ada sepanjang masa
Duduk sekaki sembang sekopi
Kita pun sama bujang sama lelaki
Jemput kalau-kalau ada masa
Apalah sangat seminit dua tiga
Apa kalau terlajak bergebang
Rugi dua tiga juta, duit hilang
Relaks dan gebang
Kononkan dunia ini tiada orang
Tiada kepentingan tiada perjalanan
Hanya cerita-cerita nujum kelakar
Ketika kusut menghadam
Keperitan seumur hidup dipertaruh
Ketika tiada lagi hipotekal
Ketika tiada kroma, rentak dan ritma
Yang ketika mana
Kedai kopi dilewat lalu
Dengan degupan jantung risau
Dan, mata terus terbuka buta ke depan
Jemput-jemput ya!
Secawan dua, kurang gula
Pekena sekeping roti banjir
Kalau nasi minyak sudah habis
Hehe...jangan risau
Aku pun juga risau
Takut-takut aku yang buang masa kau
Sedang diri aku yang perlu dirisau
Aku hanya sunyi
Minum di sini
Sendiri-sendiri memerhati
Biasa macam hari-hari
Melepak-lepak di tepi yang mungkin tak sama atas jalan ke hulu ke hilir . Tapi, masih lagi bermakna sebuah pemerhatian
at
3:08 AM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
0
comments
Wednesday, June 1, 2011
Suatu hari yang cerah, ramai orang bekerja dengan penuh bersungguh-sungguh
Tiba-tiba, terdengar dalam seketul hati
X : Bengang seh!
Z : Bengang ek?
X : Bengang deh!
Z : Bengang, awat?
X : Bengang gila!
Z : Huh, memang series ni, memang bengang . Tunggu kau meletup je ni
X : Asyik-asyik aku yang buat . Asyik-asyik aku je
Z : A'ahkan, takkan selamanya kau je kan . Kesian pulak kat kau
X : Itu ah, kena ah ada kolaborasi kan
Z : Pergh! Tengah bengang pun boleh guna perkataan kolaborasi lagi . Pergh!
X : Cis!
Z : (menguis-nguis kaki di lantai, sambil buat bunyi mulut "huuuuuu")
X : Takda, takda. Ni last ni . Last aku nak buat. Lepas ni lantaklah camna pun
Z : Betul-betul! Bengang kot kan
X : Series deh, cuba lah faham sikit kan. Kan kan?
Z : Entah, kesian ah kat kau sikit kan. Sampai bila nak perah keringat kau kan?
X : Huh! Tahu pun kau. Weh, Z, jom ikut aku gi buat kerja tu, jom
Z : Orait! Hurm, kira nak teman-teman ah ni kan? So sweet!
X : (Blushing)
. . .
Dalam tengah-tengah buat kerja tu kan . . Terdengar lagi dalam seketul hati tadi
Z : Weh, aku nak cakap sikit boleh?
X : Kau bukan ke banyak cakap? Cakap je
Z : La, aku pun ko nak bengang? Alahai
X : Okeh, okeh . Sorry
Z : Gini kan, kau tengah bengang-bengang kan . Tapi, ko buat jugak kan kerja ni?
X : Ye ah, tapi ni last, lepas tu lantak lah . Tak peduli dah nak jadi apa
Z : Tapi, penat kot kerja ni . Series wa cakap lu
X : Ye ah, kan aku cakap, lepas ni memang aku tak nak peduli dah
Z : Aku faham tu, tapi, penat-penat kau ni . . . ada dapat balasan ke?
X : Ah..tak peduli aku
Z : La.. gitu pulak . Aiseh, rugi lah
X : Maksud kau?
Z : Gini, kau buat penat-penat gini . Bengang, pastu penat lagi tu . Rugilah kalau takda reward kan?
X : Yep! Habis kau nak apa? Nak diorang menyembah melutut terima kasih kat aku?
Z : Maksud aku, kan bagus kalau kau ikhlaskan niat sikit je lagi . Maafkan diorang sekali lagi je
X : Er....
Z : Gini, bab bengang kita diskas esok-esok dengan diorang . Sekarang ni, kita buat kerja dengan ikhlas je
X : Oh, ah? Hurm.. ek?
Z : Kita buat kerja ni, macam kita buat kerja macam selalu . Kool! Tak stress, dan yeah yeah!
X : Hurm.. hurm... ada betul jugak kan? Hurm hurm
X : Okeh! Sahaja aku niatkan ini kerana ikhlas. Kool dan yeah yeah!
. . .
"Maka, diilhamkan revenge dan taqwa . Dan telah pasti berjaya sesiapa yang mensucikan hati mereka . Dan, sangat rugilah mereka mencemarkannya" (Al-Quran)
at
2:44 PM
Categories:
Labels:
Ide
0
comments