Tahu tak?
Yang kaum Nabi Nuh ditimpakan bala bukan kerana apa . "Bala ni, bala, bala!"
Bukan kerana apa . Tapi, kerana sebab yang lebih ringan, mungkin . Ringan? Hurm, mungkin aku salah menimbangkan beratnya
Atau, bukan ringan sebenarnya
Begini, dalam kronologi sejarah, yang melibatkan kehancuran . . . sudah pasti kekufuran dan penolakan terhadap agama Allah menjadi asbabnya
Tapi, lain pula bagi kaum pemula sejarah dunia ini
Kerana, mereka ini adalah golongan hebat dalam beragama, tetapi, tersalah laku dan tersungkur di pintu syurga impian mereka
Nak tahu?
Yang mereka bukan menolak agama
Tapi, mereka adalah pelampau agama
Yang mereka tak menolak ketulenan Tuhan
Tapi, mereka hanyut dibayangi mainan syaitan
Yang mereka itu begitu menghormati agama
Tapi, mereka terlebih menghormati figur agama
Kerana taksub, mereka hancur
Kerana taksub, mereka hilang ukur
Kerana taksub, langsung agama berterabur
Hanya kerana taksubkan ketokohan agamawan silam
Hanya kerana mengagungkan manusia beragama, lebih dari agama
Hampir seratus dekad, sang nabi berusaha memperjelaskan
Hampir seratus dekad juga lah, ketaksuban menutupi rasional
Maka, hancurlah umat pemula sejarah!
Selepas keliru akan ketaksuban
Terhadap pemuka-pemuka agung agamawan
Yang begitu ikhlas dengan agama
Tetapi setelah kematian
Syaitan mula mengambilan peranan
Mengkaburkan erti taksub dan menghiaskan keagungan
Di halaman rakyat yang terkemudian
Kau tahu?
Yang mulanya dari ketaatan terhadap agama
Berakhir dengan salah laku agama
Peranan syaitan dan ketaksuban
Menghiaskan ketokohan Wadda, Yagutha, Suwa'a dan Nasra
. . .
Saturday, June 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment