Pergh!
Aku paling beron bila aku berdedikasi
Maksud aku, bila aku dah berdedikasi
Ada orang yang tak reti-reti nak hargai
Nah! Aku bengang
Memang aku tak mengharapkan apa-apa
Maksud aku, bukanlah tak mengharap apa-apa
Hanya sekadar kerjasama sahaja!
Cubalah faham!
Cubalah mengerti
Ya, aku beron tadi!
Lalu, henfon aku capai
Dan, satu-satu aku ketip tulis
Penuh maki dan maki
Ko tahu?
Sekelip mata saja
Allah tarik nikmat depan mata
Terus henfon jadi sengal, meragam dan mati
Aku mati akal!
Apakah ini benar-benar tanda?
Atau hanya kebetulan
. . .
Hanya selepas 6 jam selepas itu
Henfon aku hidup seperti sediakala
Tanpa apa-apa kerosakan
Mahupun kecacatan
Hahaha!
Aku manusia biasa
manusia yang biasa
Aduhai...
Terima kasih, Allah!
Friday, March 2, 2012
at
11:34 PM
Categories:
Labels:
Monoslogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment