Sunday, December 11, 2011


Aku respek gila performance gini
Aku tidak mempromosikan bisnes orang
Aku bisingkan kuasa
Aku bingitkan tenaga

Biar orang tahu
Apa itu permata di sebalik kaca

Ya!

Ada makna
Ada rasa
Ada jujur
Ada idea

Dan, ingat!
Idea itu tidak mati. Ia bulletproof.

Mengajar memandang dengan perspektif kristal
Membuka keluasan
Membumikan perasaan

Mudah!

Maknanya cinta
Maknakan cinta
Biar orang tahu
Apa itu permata di sebalik kaca

"Because of my love. My love towards what i do"
"Knowledge can be gained, when you love what you're doing"
"Because he loves what he's doing"



Nota :

Episod Maharaja Lawak Mega kali ini memilih tema 'Cinta' untuk diinterpretasikan dalam pertandingan tersebut. Kontestan pada malam itu memilih pelbagai konsep dan makna untuk disuaikan dengan tema utamanya.

Sabri mewakili Bawal Power, telah memilih interpretasi yang sangat inspirational.

Sabri mempersembahkan bahawa cinta adalah sumber kekuatan. Apabila kita mencintai segala apa yang kita lakukan.

Cinta bukanlah sahaja cinta makhluq. Juga, seiring dengan cinta ketuhanan, cinta adalah sesuatu yang melibatkan perjuangan dan perngorbanan.

Ia secara terus didedikasikan kepada Bob Kuman (Bawal Power) yang cedera terjatuh di bilik air ketika sedang berkobar-kobar bersedia untuk bertanding pada malam itu. Bob Kuman sangat mencintai apa yang dia lakukan.

Ya! Itulah cinta!

at 8:22 PM
Categories: Labels:

 

1 comments:

:) said...

http://islaminsanphysics.blogspot.com/

 
>