Hahaha ha ha!
Aku memang suka gelak bila aku suka
Bila aku tengah fokus, aku susah nak gelak
Bila tengah tak betul pun, lagi susah
Tapi, kalau aku gelak, memang aku suka
Dan, bila aku suka, kadang-kadang orang tak faham, apa yang disukanya
Gini!
Aku seorang yang bervisi
Visi entah macam apa
Tapi, nak melangit saja
Tapi, visi tetap visi
Ada semangat ada wawasan
Ini adalah poyo dan aku seorang yang poyo. Malah, selesa melihat diri aku begini
Sebab yang mengubah dunia adalah dari kalangan mereka yang poyo!
Gini!
Dalam bervisi, semangat, wawasan dan segala bagai . . . satu yang tak boleh lupa (tapi selalu kita lupa) adalah bergantung kepada Tuhan
Allahussomad! Allah tempat bergantung!
. . .
Hari tu, aku memandu. Hurm, kereta tak besar, hanya van sayur cina saja. Balik dari Alexandria, bandaraya cinta. Kebetulan, ketika itu aku bersendiri (sememangnya aku masih lagi belum berkahwin)
Jarak perjalanan dalam 200km (?). Aku bertolak hujung siang. Bermula hujan, bermula perjalanan. Selepas sejam terkandas di bandaraya, dek tukar radiator yang pecah sebelum itu
Jadinya cerita beberapa minit sebelum Isyak, berbaki 80km menuju Cairo, van terkandas kekeringan petrol.
Tersadai, di tepi jalan hi-way. Gelap kiri kanan dan kosong. Yang ada hanya sebuah masjid di kanan. Masjid terbuka lampu, tapi macam takda orang ada hantu
Macam biasa. Kool! Thaaqhib mesti kena kool!
Lalu, aku ibarat Siti Hajar mencari air. Bermula mencari bantuan di Masjid, tapi kan aku dah kata, macam takda orang ada hantu
Lalu, aku ibarat Siti Hajar lagi. Melintas seorang diri di lebuhraya 3 laluan yang pemandunya memandu macam gila. Ke tengah, dan ke seberang. Mencari bantuan. Tak cukup rezeki lagi.
Lalu, aku masih lagi Siti Hajar. Yang aku ada pilihan ada menahan kenderaan saja. Kembali aku ke van, dan aku nyalakan lampu depan. Malam begitu pekat, tapi aku positif dan nekad!
Lalu, terlompat-lompat lah aku. Terloncat-loncat, menari-nari dan sebagainya. Nak menahan lori, lori, lori, lori, lori, lori dan kereta kecil yang memandu macam gila
Yang dari awal sampai ke saat itu, yang aku fikirkan hanyalah "Allah itu ada!"
Setelah habis sedu-sedan nafas kering penuh optimis, tiba-tiba, berhenti sebuah pick-up.
Aku dah hazafkan segalanya berkenaan bahaya dan bahaya dan bahaya yang bakal aku hadapi. Risiko telah aku padamkan dengan "Allah itu ada!"
Walaupun, realitinya bahana dirompak dan dikhianati itu sangat-sangat besar di lebuhraya ini
Oh, kool!
Kemudian, pick-up itu aku naik. Menuju ke Petrol Station 3km di hadapan. (Ada ke? Aku tak tahu).
Aku terima-kasihkan kepada tuan pemandu, Ali. Dijawabnya "Aku bukan apa, pelik tengok budak kecil baju hitam terlompat-lompat tengah malam"
Cis! Hahahaha!
Setibanya di Petrol Station (terletak seberang jalan, yang agak terperuk dan tidak popular), aku terus menyeberang dan meluru ke pejabat managernya. Dan, termengah-mengah aku bersapa "Maaf, Salam! Saya perlukan bantuan, tolong saya boleh?"
Lalu, aku ditolong dengan penuh dedikasi oleh salah seorang pekerja, Mustafa. Aku takjub penuh takjub. Bermula mencari botol bagi mengisi petrol, sehinggalah menahan lori untuk hantarkan aku ke kawasan kejadian
Pergh! Aku terharu. Aku hanyalah seorang budak kecil berbaju hitam, yang asing.
Okeh. Aku isikan petrol 7Liter. Dengan niat untuk memandu ke sini lagi dan menambah isian. Lalu, kami menunggu lori-lori yang berhenti untuk berhenti minyak.
Rezeki melimpah penuh membuktikan "Allah itu ada!", sebuah lori trailer berhenti. Pemandu beserta kelindannya juga berbesar hati membantu aku sehingga selesai menghidupkan van.
Pakcik Yasir dan Khaled, memandu aku ke tempat kejadian, dan membantu aku mengisikan minyak. Penuh dedikasi dan rahmah!
Allah!
Enjin aku hidupkan, aku pandukan van menuju ke U-Turn, kemudian masuk jalan biasa, dan pecut untuk menuju ke Petrol Station yang aku katakan tadi. Ia bukanlah semudah itu untuk ke Petrol Station itu, memandangkan ia adalah Petrol Station kurang popular.
Aku isikan tambahan beberapa liter. Lebih dari cukup untuk ke Cairo
Sebelum berangkat, sempat aku dijamu roti keju dan juga secawan teh panas. Allah!
Sepanjang perjalanan aku pulang, tak lekang lagu M. Nasir- Raikan Cinta. "ke sana ke sini, lari-lari kecil!"
. . .
Allah itu ada!
Dan, mereka-mereka yang membantu aku itu, adalah rakyat negara aku bermusafir sekarang ini, Mesir. Mereka-mereka yang tiada tertakluk langsung dengan revolusi.
Tetapi, tertakluk kepada jatidiri dan nilai dalam diri sendiri!
Hurm, eh eh. Ini sebenarnya cerita Allah bantu Hamba-Nya. Bukan cerita isi minyak, ya!
Hahahahaha! Aku suka!
Thursday, November 24, 2011
7 Liter = LE 15
Naik lori lagi!, yeah!
Dalam kegelapan malam, kami isi minyak
Pulang ke Petrol Station, nak isi lagi
Jamah meh jamah
Lagi, dalam ramai-ramai manusia di negara ini
at
11:04 PM
Categories:
Labels:
Kongsi dan Kunci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment