Thursday, November 24, 2011


Hahaha ha ha!

Aku memang suka gelak bila aku suka
Bila aku tengah fokus, aku susah nak gelak
Bila tengah tak betul pun, lagi susah

Tapi, kalau aku gelak, memang aku suka
Dan, bila aku suka, kadang-kadang orang tak faham, apa yang disukanya

Gini!

Aku seorang yang bervisi
Visi entah macam apa
Tapi, nak melangit saja
Tapi, visi tetap visi
Ada semangat ada wawasan

Ini adalah poyo dan aku seorang yang poyo. Malah, selesa melihat diri aku begini

Sebab yang mengubah dunia adalah dari kalangan mereka yang poyo!

Gini!

Dalam bervisi, semangat, wawasan dan segala bagai . . . satu yang tak boleh lupa (tapi selalu kita lupa) adalah bergantung kepada Tuhan

Allahussomad! Allah tempat bergantung!

. . .

Hari tu, aku memandu. Hurm, kereta tak besar, hanya van sayur cina saja. Balik dari Alexandria, bandaraya cinta. Kebetulan, ketika itu aku bersendiri (sememangnya aku masih lagi belum berkahwin)

Jarak perjalanan dalam 200km (?). Aku bertolak hujung siang. Bermula hujan, bermula perjalanan. Selepas sejam terkandas di bandaraya, dek tukar radiator yang pecah sebelum itu

Jadinya cerita beberapa minit sebelum Isyak, berbaki 80km menuju Cairo, van terkandas kekeringan petrol.

Tersadai, di tepi jalan hi-way. Gelap kiri kanan dan kosong. Yang ada hanya sebuah masjid di kanan. Masjid terbuka lampu, tapi macam takda orang ada hantu

Macam biasa. Kool! Thaaqhib mesti kena kool!

Lalu, aku ibarat Siti Hajar mencari air. Bermula mencari bantuan di Masjid, tapi kan aku dah kata, macam takda orang ada hantu

Lalu, aku ibarat Siti Hajar lagi. Melintas seorang diri di lebuhraya 3 laluan yang pemandunya memandu macam gila. Ke tengah, dan ke seberang. Mencari bantuan. Tak cukup rezeki lagi.

Lalu, aku masih lagi Siti Hajar.  Yang aku ada pilihan ada menahan kenderaan saja. Kembali aku ke van, dan aku nyalakan lampu depan. Malam begitu pekat, tapi aku positif dan nekad!

Lalu, terlompat-lompat lah aku. Terloncat-loncat, menari-nari dan sebagainya. Nak menahan lori, lori, lori, lori, lori, lori dan kereta kecil yang memandu macam gila

Yang dari awal sampai ke saat itu, yang aku fikirkan hanyalah "Allah itu ada!"

Setelah habis sedu-sedan nafas kering penuh optimis, tiba-tiba, berhenti sebuah pick-up.

Aku dah hazafkan segalanya berkenaan bahaya dan bahaya dan bahaya yang bakal aku hadapi. Risiko telah aku padamkan dengan "Allah itu ada!"

Walaupun, realitinya bahana dirompak dan dikhianati itu sangat-sangat besar di lebuhraya ini

Oh, kool!

Kemudian, pick-up itu aku naik. Menuju ke Petrol Station 3km di hadapan. (Ada ke? Aku tak tahu).

Aku terima-kasihkan kepada tuan pemandu, Ali. Dijawabnya "Aku bukan apa, pelik tengok budak kecil baju hitam terlompat-lompat tengah malam"

Cis! Hahahaha!

Setibanya di Petrol Station (terletak seberang jalan, yang agak terperuk dan tidak popular), aku terus menyeberang dan meluru ke pejabat managernya. Dan, termengah-mengah aku bersapa "Maaf, Salam! Saya perlukan bantuan, tolong saya boleh?"

Lalu, aku ditolong dengan penuh dedikasi oleh salah seorang pekerja, Mustafa. Aku takjub penuh takjub. Bermula mencari botol bagi mengisi petrol, sehinggalah menahan lori untuk hantarkan aku ke kawasan kejadian

Pergh! Aku terharu. Aku hanyalah seorang budak kecil berbaju hitam, yang asing.

Okeh. Aku isikan petrol 7Liter. Dengan niat untuk memandu ke sini lagi dan menambah isian. Lalu, kami menunggu lori-lori yang berhenti untuk berhenti minyak.

Rezeki melimpah penuh membuktikan "Allah itu ada!", sebuah lori trailer berhenti. Pemandu beserta kelindannya juga berbesar hati membantu aku sehingga selesai menghidupkan van.

Pakcik Yasir dan Khaled, memandu aku ke tempat kejadian, dan membantu aku mengisikan minyak. Penuh dedikasi dan rahmah!

Allah!

Enjin aku hidupkan, aku pandukan van menuju ke U-Turn, kemudian masuk jalan biasa, dan pecut untuk menuju ke Petrol Station yang aku katakan tadi. Ia bukanlah semudah itu untuk ke Petrol Station itu, memandangkan ia adalah Petrol Station kurang popular.

Aku isikan tambahan beberapa liter. Lebih dari cukup untuk ke Cairo

Sebelum berangkat, sempat aku dijamu roti keju dan juga secawan teh panas. Allah!

Sepanjang perjalanan aku pulang, tak lekang lagu M. Nasir- Raikan Cinta. "ke sana ke sini, lari-lari kecil!"
. . .

Allah itu ada!

Dan, mereka-mereka yang membantu aku itu, adalah rakyat negara aku bermusafir sekarang ini, Mesir. Mereka-mereka yang tiada tertakluk langsung dengan revolusi.

Tetapi, tertakluk kepada jatidiri dan nilai dalam diri sendiri!

Hurm, eh eh. Ini sebenarnya cerita Allah bantu Hamba-Nya. Bukan cerita isi minyak, ya!

Hahahahaha! Aku suka!


7 Liter = LE 15

Naik lori lagi!, yeah!

Dalam kegelapan malam, kami isi minyak

Pulang ke Petrol Station, nak isi lagi

Jamah meh jamah

Lagi, dalam ramai-ramai manusia di negara ini

at 11:04 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Hahaha ha ha!

Aku memang suka gelak bila aku suka
Bila aku tengah fokus, aku susah nak gelak
Bila tengah tak betul pun, lagi susah

Tapi, kalau aku gelak, memang aku suka
Dan, bila aku suka, kadang-kadang orang tak faham, apa yang disukanya

Gini!

Aku seorang yang bervisi
Visi entah macam apa
Tapi, nak melangit saja
Tapi, visi tetap visi
Ada semangat ada wawasan

Ini adalah poyo dan aku seorang yang poyo. Malah, selesa melihat diri aku begini

Sebab yang mengubah dunia adalah dari kalangan mereka yang poyo!

Gini!

Dalam bervisi, semangat, wawasan dan segala bagai . . . satu yang tak boleh lupa (tapi selalu kita lupa) adalah bergantung kepada Tuhan

Allahussomad! Allah tempat bergantung!

. . .

Hari tu, aku memandu. Hurm, kereta tak besar, hanya van sayur cina saja. Balik dari Alexandria, bandaraya cinta. Kebetulan, ketika itu aku bersendiri (sememangnya aku masih lagi belum berkahwin)

Jarak perjalanan dalam 200km (?). Aku bertolak hujung siang. Bermula hujan, bermula perjalanan. Selepas sejam terkandas di bandaraya, dek tukar radiator yang pecah sebelum itu

Jadinya cerita beberapa minit sebelum Isyak, berbaki 80km menuju Cairo, van terkandas kekeringan petrol.

Tersadai, di tepi jalan hi-way. Gelap kiri kanan dan kosong. Yang ada hanya sebuah masjid di kanan. Masjid terbuka lampu, tapi macam takda orang ada hantu

Macam biasa. Kool! Thaaqhib mesti kena kool!

Lalu, aku ibarat Siti Hajar mencari air. Bermula mencari bantuan di Masjid, tapi kan aku dah kata, macam takda orang ada hantu

Lalu, aku ibarat Siti Hajar lagi. Melintas seorang diri di lebuhraya 3 laluan yang pemandunya memandu macam gila. Ke tengah, dan ke seberang. Mencari bantuan. Tak cukup rezeki lagi.

Lalu, aku masih lagi Siti Hajar.  Yang aku ada pilihan ada menahan kenderaan saja. Kembali aku ke van, dan aku nyalakan lampu depan. Malam begitu pekat, tapi aku positif dan nekad!

Lalu, terlompat-lompat lah aku. Terloncat-loncat, menari-nari dan sebagainya. Nak menahan lori, lori, lori, lori dan kereta kecil yang memandu macam gila

Yang dari awal sampai ke saat itu, yang aku fikirkan hanyalah "Allah itu ada!"

Setelah habis sedu-sedan nafas kering penuh optimis, tiba-tiba, berhenti sebuah pick-up.

Aku dah hazafkan segalanya berkenaan bahaya dan bahaya dan bahaya yang bakal aku hadapi. Risiko telah aku padamkan dengan "Allah itu ada!"

Walaupun, realitinya bahana dirompak dan dikhianati itu sangat-sangat besar di lebuhraya ini

Oh, kool!

Kemudian, pick-up itu aku naik. Menuju ke Petrol Station 3km di hadapan. (Ada ke? Aku tak tahu). Aku terima-kasihkan kepada tuan pemandu, Ali. Dijawabnya "Aku bukan apa, pelik tengok budak kecil baju hitam terlompat-lompat tengah malam"
Cis! Hahahaha!

Setibanya di Petrol Station (terletak seberang jalan, yang agak terperuk dan tidak popular), aku terus menyeberang dan meluru ke pejabat managernya. Dan, termengah-mengah aku bersapa "Maaf, Salam! Saya perlukan bantuan, tolong saya boleh?"

Lalu, aku ditolong dengan penuh dedikasi oleh salah seorang pekerja, Mustafa. Aku takjub penuh takjub. Bermula mencari botol bagi mengisi petrol, sehinggalah menahan lori untuk hantarkan aku ke kawasan kejadian

Pergh! Aku terharu. Aku hanyalah seorang budak kecil berbaju hitam, yang asing.

Okeh. Aku isikan petrol 7Liter. Dengan niat untuk memandu ke sini lagi dan menambah isian. Lalu, kami menunggu lori-lori yang berhenti untuk berhenti minyak.

Rezeki melimpah penuh membuktikan "Allah itu ada!", sebuah lori trailer berhenti. Pemandu beserta kelindannya juga berbesar hati membantu aku sehingga selesai menghidupkan van.

Pakcik Yasir dan Khaled, memandu aku ke tempat kejadian, dan membantu aku mengisikan minyak. Penuh dedikasi dan rahmah!

Allah!

Enjin aku hidupkan, aku pandukan van menuju ke U-Turn, kemudian masuk jalan biasa, dan pecut untuk menuju ke Petrol Station yang aku katakan tadi. Ia bukanlah semudah itu untuk ke Petrol Station itu, memandangkan ia adalah Petrol Station kurang popular.

Aku isikan tambahan beberapa liter. Lebih dari cukup untuk ke Cairo

Sebelum berangkat, sempat aku dijamu roti keju dan juga secawan teh panas. Allah!

Sepanjang perjalanan aku pulang, tak lekang lagu M. Nasir- Raikan Cinta. "ke sana ke sini, lari-lari kecil!"
. . .

Allah itu ada!

Dan, mereka-mereka yang membantu aku itu, adalah rakyat negara aku bermusafir sekarang ini, Mesir. Mereka-mereka yang tiada tertakluk langsung dengan revolusi.

Tetapi, tertakluk kepada jatidiri dan nilai dalam diri sendiri!

Hurm, eh eh. Ini sebenarnya cerita Allah bantu Hamba-Nya. Bukan cerita isi minyak, ya!

Hahahahaha! Aku suka!


7 Liter = LE 15


Naik lori lagi!, yeah!


Dalam kegelapan malam, kami isi minyak


Pulang ke Petrol Station, nak isi lagi


Jamah meh jamah


Lagi, dalam ramai-ramai manusia di negara ini

at 11:01 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, November 4, 2011


Jom!





. . .

Allah bukan melihat darah-darah yang mengalir walau merah pekat memercik

Tapi, Taqwa yang itulah

http://www.facebook.com/photo.php?v=176928852323705&set=t.100000428318651&type=3&theater

at 12:05 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, November 2, 2011


Mula rasa bahagia
Dengan mimpi-mimpi indah






Keyakinan dan kepercayaan
Awalnya sekitar dalam diri

Sekalipun ada seribu tangan di belakang
menyokong mendokong, apa apalah

Nanti bila berdiri, atas kaki sendiri juga
Atas nama Cinta
Ke hadrat Dia

. . .

Berani

Terima Kasih Presiden!

at 1:15 PM
Categories: Labels:

2 comments  

 
>