Pemula
Ini tentang satu peristiwa. Bukan sengaja untuk galak liar mata memerhati
Alkisah, berlaku tanpa diduga . Dup dup dap, la di da dap dap! Berdegup kencang jantung, rasa tak keruan ingin ketahuan
Lalu, awalnya yang bermula tanpa sengaja, berakhir sebagai sebuah bagasi pengalaman pemerhatian
Barang secubit dua, disematkan dalam sanubari orang muda . Entah apa signifikan, hanya sekadar cerita di mata
. . .
Kisah semut dan gula
Tempoh hari, gula di dapur tiba-tiba habis . Bukan magik, tapi, kesan tak peduli jangka hayat barang sekeliling
Eh, tidak . Tidak habis! Rupanya masih ada terperosok di hujung gerobok
Oh! Itu gula!
Tapi, tak tersampai hajat, bila sepaket gula dah meriah dihurung semut . Pesat membangun projeknya, macam pusat galian emas di KL suatu masa dahulu
Lalu, kaget!
Kaku, cuma satu saja yang tidak kaku . Habis semua anggota kaku, melainkan organ cair dalam bekas bernama tengkorak
Cergas dan cepat difikirkan . Bahawa gula sedang mahal, dan membazir itu ikhwan syaitan . Oh, tak boleh jadi!
Jadi, method biasa diamalkan pun dijalankan . Mudah! Pindahkan gula, dan asingkan semut . Guna cara kolam air pembunuh
Apa itu?
Pulaukan dunia gula bersemut dari dunia luar, dengan wujudkan sekawasan tasik
Maksudnya, jadikan pulau . Nanti, samada semut akan mati lemas, atau akan mati tak ada idea nak keluar macam mana . . . dari pulau
Tapi, untuk kali ini, kekalkan gula dalam paket . Kemudian pulaunya adalah sebekas blender . Dan, tasiknya adalah sepiring pinggan leper berwarna biru
Hurm!
Siap yang itu, yang tinggal hanya ketekunan memerhati . Tekun memerhati
. . .
Observasi
[Selepas 12 jam]
- Kelihatan beberapa perajurit semut sedang mati kelemasan . Atau, sudah lama mati kelemasan, antara dua
- Kelihatan jumlah makhluq asing di paket gula semakin berkurangan
- Kira-kira hanya 10 lembaga hitam dan kecil yang hidup yang wujud
- Mereka semua berkumpul bagai sedang bersyura di satu spot khas, iaitu lubang pintu masuknya
- Bilangan ahli syura semakin berkurangan secara berperingkat
- Ketika ahli syura sedang berkumpul, kelihatan mesti ada seekor yang berada di luar sedang meninjau jalan keluar
- Mungkin mereka memutuskan giliran meninjau jalan pulang, dan setiap kali itulah salah-seorangnya gugur
- Kali terakhir pemerhatian, hanya tinggal dua ahli syura sahaja
- Tiada lagi semut yang bermesyuarat
- Dan, tiada lagi makhluq-makhluq kecil yang berkeliaran sekitar pulau gula
Peninggal dan pengunci
Kita sahaja yang ter'ego', terlupa nak mengaku keindahan yang ini, datang dari Tuhan . Subhanallah dan astaghfirullah
"Eh, kejap, kejap! Ape benda sebenarnya karangan ni?"
Sisipan gambar
Semut yang sedang mati dan sudah mati lemas di 'Tasik Biru' . Sementara yang lain mati di tempat lain