Tuesday, July 26, 2011


Adui!

. . .

Nak bunuh orang mudah saja . Laparkan dia, kemudian ikatkan dia di suatu sudut sampai lembik kebulur

Selang berapa selang, bawakan limau manis . Kupaskan dan percikkan jus kulitnya . Satu persatu uratnya dikopek dan dilalukan seperjalanan pipi ke pipi

Selang berapa selang, cuba bawakan rendang dan pulut kuning

Selang lagi selang, hadirkan bersama sebekas air merah . Yang basah bekasnya dan berwasap berat

Hingga tiba suatu selang, bawakan hanya ikan bilis goreng . Yang termampu, tidak pun  telur mata kerbau goreng

Tapi, bukan senang nak bagi aku mati

. . .

Orang yang benar-benar kuat sahaja, yang tahan dipermainkan psaikonya . Yang dirangsang menjulang dan dipenjara terperuk, serentak

Kalau akhirnya dia mati, maka, matilah dia dengan penuh kesadisan

Tapi, aku pilih untuk tidak mati

Walau bagaimanapun aku tersepit di penjuru sudut ini . Dah banyak yang sudah dirugikan, dan aku tak pernah berasa rugi

Yeah!

at 8:03 PM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Salsabila said...

rasanya saudara thaaqib ni memang kepeng kot -_-


hah! semoga selamatlah! :)

 
>