Aku jugak bercinta
Hangat dan basah
Panas dan berembun
Bernafas dalam cinta, akan beri lebih dari hanya jalan
Kerana cinta aku berpijak pada halal. Aku terpijak juga pada haram.
Aku tersilap dan itu bukan salah aku. Aku tersilap untuk aku belajar daripadanya
Ya! Aku salah. Bezanya, aku teruskan melangkah. Walaupun kau tenung aku dah macam sampah.
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta
Aku mungkin bukan Marikh
Yang namanya tak tertulis tarikh
Mataku lebih dari Venus
Aku bukan pencinta hingus-hingus
Aku tak seromantis pencinta manusia
Aku jugak tidak layak dicintai Tuhan manusia
Aku cuma cintakan perjuangan
Mengangkat tangan, meminta jalan
Dari situ, aku dapat lebih dari hanya jalan
Dari situ jugak! Aku faham yang cinta kita sama sahaja.
Kerana niat aku yang memandunya
Dari cinta, aku dapat lebih dari hanya jalan
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta aku
Aku ada cinta
Aku mungkin bukan Marikh
Yang namanya tak tertulis tarikh
Mataku lebih dari Venus
Aku bukan pencinta hingus-hingus
Aku tak seromantis pencinta manusia
Aku jugak tidak layak dicintai Tuhan manusia
Aku cuma cintakan perjuangan
Mengangkat tangan, meminta jalan
Dari situ, aku dapat lebih dari hanya jalan
Dari situ jugak! Aku faham yang cinta kita sama sahaja.
Kerana niat aku yang memandunya
Dari cinta, aku dapat lebih dari hanya jalan
(14 Feb 2012 aku)