Sunday, July 11, 2010


Dosa, lagi banyak aku buat dari pahala. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Kena 'ngap' sekali, patut kali kedua mesti berhati-hati. Tapi ini lain yang jadi.

Tahu? Jatuh lubang sekarang sudah bergaya. Bukan mengelak, tapi mencecah berhati-hati. Acah-acah tasik gunung berapi, macam jantan berani. Berani ya! 

Belum meletus boleh lah cerita. Tunggu nanti. Bila pecah tembelang, bulan terang, kan nanti semuanya terpampang. Tunggu nanti, sudah malu, baru tahu dosa dahulu.

Buat dosa bijak pakai otak. Hah! Mulalah kata dosa, itu tidak ini tidak. Hati keras, jadi hitam. Tapi muka masih maintain gaya tenteram. Mana boleh! Hati kalau sudah onar, jiwa haru hingar bingar.

Sekarang ini lagi sikit mahu Ramadhan. Sudah-sudah lah. Dah, pergi berkampung kembali, cari insan yang hilang. Dalam diri tu ada satu lagi insan. Sekarang sudah hilang.

Tapi, aku. Nak pegang Quran pun, tangan sudah keras menggeletar. Memang betullah. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Sehari sehelai benang, setahun sebidang kain. Siap nanti, kain tak tersedar dah menutup pintu hati. Buat dosa dah tak terasa, sampai janggal pula dengan pahala.

"Its too late to be a pessimist". Kau pun harus doakan aku. Walaupun ini masalah aku, bukan masalah kau di Qiamat nanti.

at 6:44 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Anonymous said...

like this..

 
>